Sunday, 26 May 2013

The Story About Gunung Kinabalu

Nice Story - Asal Usul nama Gunung Kinabalu

Saya nak share tentang cerita Gunung Kinabalu yg mungkin ramai yg masih tidak tahu bahawa dia ialah lambang cinta dua insan yang terpisah oleh Laut China Selatan. Semua maklum gunung ni paling tinggi d ASIA dan puncaknya menghadap ke arah laut china selatan [kalau ada yg ragu2, sila buka buku geografi skolah menengah- tp kalau kenyataan saya salah, sila maklumkan ye, terima kasih]. Dulu masa dekat skolah menengah cikgu bagi tau yang gunung kinabalu ni ialah gunung berapi yg tidak aktif tapi untuk aktif semula mungkin ada chance [alahaiiiii minta2 janganla, nauzubillaminzalik] terdapat banyak spesis tumbuh-tumbuhan liar, binatang serta serangga yg masih belum di ketahui oleh orang luar [saya sure orang "dalam" msti da tau punyala].....ermmmmm tgkla dulu pic2 d bawah ni yee [stuck idea]

Ok, better terus kepada pointla ah, macam ni, cerita atau lagenda gunung kinabalu ni ada dua versi, versi pertama menceritakan bahawa gunung kinabalu ni adalah tempat bersemayamnya roh2 org yang telah meninggal dan ini mengikut cerita lagenda daripada suku kaum kadazan-dusun dan mereka menamakan gunung ni sebagai AKI-NABALU. Tapi ceta ni bagi saya dak berapa menarik perhatian saya, saya lagi berminat untuk ceritakan versi kedua gunung ni.

Kenapa nama gunung ni KINABALU??? n kenapa saya kata gunung ni LAMBANG CINTA ASIA-DUA INSAN BERCINTA TERPISAH OLEH LAUT CHINA SELATAN??? ikuti kisahnya di bawah ni :)

                                Ni lukisan gunung kinabalu pada tahun 1862


Pada zaman dahulukala ketika handphone masih belum tercipta, remote control yg menyebabkan ramai manusia menjadi malas juga belum tercipta, kes-kes rogol lepas tu bunuh then buang merata-rata belum lagi terfikir oleh manusia tuk dilakukan terdapatla sebuah kapal besar dari China yang membawa seorang putera raja telah karam dihempas badai dan putera raja telah dihanyutkan ke BORNEO, penduduk2 asal atau perkataan lebih saintifiknya ialah natives from the near by village telah menyelamatkan sang putera ni dari terus hanyut dan mungkin menjadi makanan ikan jaws. 

Putera tu pun tinggalla di sana n lama-kelamaan putera diterima oleh penduduk kampung tu dan dia pun follow la the rule, the lifestyle n the trend of the kampung n become one of them. Of cos bila da lama2 stay dekat kampung tu konpom punya mesti ada seorang dua awek yg dia usha kan, sooo lepas usha punya usha hati beliau pun berkenan dengan dara pingitan dari kampung tu [nama tidak diketahui, anak siapa lagi la tidak di ketahui] dan mereka pun berkahwin n kemudian mereka memiliki seorang anak [gender anak juga tidak diketahui]

Bila da lama2 stay dekat kampung tu, si putera ni pun jadi homesick la pula dengan tanahair dia yang terbesar di asia tu, hati meronta-ronta ingin balik kerana rindu pada kedua ibu-bapa dia - Maharaja n Maharani negara china [mem n dad dia dak buat pencarian besar-besaran ka time dia hilang tu?? kata maharaja n maharani] so dia pun minta la kebenaran dari keluarga mentua dia untuk bagi sekejap untuk menjenguk kedua orang tua beliau [aku sure gila mentua dia dak kasih tapi dia mesti mau pegi juga ni] dan sebelum belepas sang putera telah berjanji kepada isteri tercintanya yang dia akan balik dengan segera dan kemudian membawa isteri dan anaknya balik ke china [kalau aku jadi isteri putera ni sure-sure aku melolong dak mau bagi n dak pecaya langsung dia akan balik segera, gila apa, china dengan borneo bukan dekat ohhh, da tu naik gi kapal layar yang bergantung sepenuhnya dengan angin, mana boleh segera- tapi di sini kita sudah belajar satu benda, lelaki kalau bab2 memujuk memang HIPERBOLA sungguh!!] sooo setelah berjanji madah, bertangis-tangis dan berpeluk-pelukan sang putera ni pun belayarla balik ke negara asalnya.

Setelah sampai ke tanahair sambutan yang dibuat untuk menerima kepulangannya adalah di luar jangkaan beliau [sila bayangkan ada tarian singa-singa, mercun, budak2 akrobatik, pompuan menari guna kipas besar n pancaragam yang bawa gendang n benda logam yg kalau kena pukul dekat telinga sure pekak 5minit. Part yg ni aku musykil sikit, macamana org negara dia n parent dia tau yang dia ni nak balik??? ermm mungkin guna khidmat pesanan ringkas melalui burung kali kn]. So setelah berehat n tukar baju yang mewah2 dia pun pegilah jumpa parent dia n berterus terang bagitau yang dia tu da kawin ada anak satu n berhasrat tuk bawa balik isteri n anak dia balik ke china, uiiii saat maharaja dengar luahan hati putera ni dia membantah sekeras-kerasnya [sure hentak meja, muka merah then dialog dia mesti macam ni "jangan sesekali ko bawa orang tu kemari, mereka tidak setaraf dengan kita"-duhhh klise!!] bukan sahaja disebabkan bini n anak dia tu dak setaraf tapi motif sebenar adalah disebabkan maharaja n maharani sudah menjodohkan putera ni dengan puteri negara jiran [suka sangat atur jodoh orang] kerana rasa hormat n sayangkan kedua ibu-bapanya sang putera pun akur dengan permintaan mereka dan beliau pun berkahwin la dengan puteri tu dan terpaksa melupakan isteri n anaknya nun jauh di pulau borneo.

Sang isteri yang di tinggalkan pastilah rindu-serindu-rindunya. oleh sebab pelabuhan tu nun jauhhhhhh dari pantai dia pun decide tuk tunggu husband dia di puncak gunung ni n berdiri menghadap laut china selatan dengan harapan dapat melihat kapal suaminya pulang, setiap hari macam tu tanpa henti, tanpa lelah n tanpa rungutan [yaka tanpa rungutan???] bila waktu sudah menginjak senja baru la dia turun dari gunung dan balik ke rumah tuk tengok anak dia yang semakin membesar [aiiiiii sebab laki anak di biarkan] lama-kelamaan dia jatuh sakit dan meninggal di puncak gunung tu, Semangat Alam a.k.a Spirit of the Mountain yang selama ni memerhatikan sang isteri yang setia ni sedih melihat sang isteri mati dalam kerinduan dan kagum dengan cinta sejati beliau yang sanggup hari2 naik turun gunung juz becoz nak tunggu laki balik, di pendekkan ceta, semangat alam pun menyumpah atau bahasa sedap sikit turn sang puteri ni menjadi batu yang mana wajahnya menghadap ke laut china selatan agar dia sentiasa masih dapat setia menanti kepulangan suaminya selama-lamanya. 

Orang-orang kampung pun terdengar la cerita tentang sang isteri ni dan berasa simpati serta sedih [aku sure bapa pompuan saat ni da tarik lengan baju bawa parang nak pi china serang putera tu - sakit hati tuuuu, anak dia mati sia-sia sebab tunggu putera tu balik da tu putera tu tak tepati janji lagi]. Kebetulan mungkin masa tu gunung tu belum ada nama so orang-orang kampung pun sepakat setelah bermesyuarat dgn ketua kampung n jkk dorang tu menamakan gunung tu sebagai kinabalu. 

Why kinabalu?? disebabkan pengaruh bahasa, orang-orang kadazan dusun memanggil CINA sebagai KINA dan BALU tu semua faham maksud dia kAn. Kesimpulannya nama gunung kinabalu tu bererti gunung balu china sebab husband dia orang china. 

Sedih dak?? yala saya ceta memangla dak sedih, saja ja saya buat camtu sebab kalau ceta ikut ceta yang betul takut kang saya yang tak berhenti meleleh airmata. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk lebih mengetahui tentang sejarah GUNUNG KINABALU ni sila-sila datang ke SABAH n kunjungi MUZIUM NEGERI SABAH, uishhhhhh saya biar dak besar gedabak begini masih teruja bila kena bawa jalan2 pi muzium, siok ba di sana, ada banyak cerita lagenda n rumah2 setiap suku kaum di sabah ni.

Post By : Sabah Facebooker

1 comment:

  1. ciss .. haha kena tipu sy ni cerita kakaka

    ReplyDelete